Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Perikanan (Pindaan) 2019 pada 9-7-2019
Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap Rang Undang-Undang Perikanan (Pindaan) 2019. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan perhatian dewan yang mulia ini terhadap IOTC ataupun Indian Ocean Tuna Commission. IOTC adalah satu pertubuhan antara kerajaan-kerajaan bertanggungjawab untuk pengurusan tuna dan terutamanya tuna di Lautan Hindi.Lautan Hindi tidak dimiliki oleh mana-mana negara dan merupakan lautan ketiga terbesar di dunia, ia juga mempunyai sumber ikan tuna yang banyak dan adalah salah satu sumber ikan tuna utama di dunia.
Tuan Speaker,
IOTC ditubuhkan pada tahun 1996 dan sehingga kini mempunyai 32 negara yang merupakan ahli komission tersebut. Negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Thailand. Negara yang bukan ahli ASEAN seperti China, Australia, Jepun dan Korea Selatan juga adalah sebahagian kepada commision ini. Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, Malaysia menyertai IOTC pada tahun 1998 dan mulakan perikanan tuna di Lautan Hindi. Saya mengambil maklum bahawa RUU ini merupakan satu “Enabling Act” jika diizinkan tuan speaker , yang membolehkan lesen penangkapan ikan tuna di laut lepas “High Seas” Serta memenuhi obligasi antarabangsa.
RUU ini bukan satu “Magic” yang selepas lulus terus dapat mencapai kejayaan dalam industri ikan tuna di Malaysia. Terdapat banyak usaha lagi yang perlu dilaksanakan supaya dapat meningkatkan produktiviti industri ini di dalam negara kita. Dalam industri tuna, bukan sahaja memberikan tumpuan kepada penangkapan ikan tersebut tetapi mempunyai satu rangkaian yang panjang untuk membangunkan industri ini seperti Penangkapan, Pengestoran, Pemprosesan dan adalah satu industri yang amat lumayan.
Tuan Speaker,
Sebagai wakil rakyat utara semenanjung Malaysia, saya mengambil maklum bahawa pelabuhan yang dinyatakan oleh IOTC adalah terletak di Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Malaysia mempunyai vesel penangkapan ikan tuna C3 yang melakukan aktiviti penangkapan di dalam lautan antarabangsa dan juga tempatan. Spesies ikan yang ditangkap oleh vesel kita adalah Skipjack Tuna, Albacore Tuna, Bigeye Tuna dan juga Yellowfin Tuna. Kuota penangkapan yang dibenarkan oleh IOTC untuk nelayan-nelayan di Malaysia ialah 135 unit vesel tuna. Tetapi pencapaian kita hanya 18 unit vesel tuna iaitu 13.3% kepada kuota yang diberikan. Oleh itu, kita masih mempunyai ruang yang besar untuk memenuhi kuota kita.
Potensi yang tinggi untuk penangkapan sebanyak 30,000 metric tonne setahun mempunyai nilai 300 Juta Ringgit Malaysia. Dengan potensi yang agak tinggi ini boleh membantu ekonomi negara kita dan pada masa yang sama mengisi perut rakyat Malaysia, memandangkan ikan dan seafood merupakan salah satu makanan yang penting untuk keluarga di Malaysia. Mengikut laporan tahunan Malaysia kupada Scientific Commitee of the Indian Ocean Tuna Commision. Data tangkapan pada tahun 2018 ialah 3165.47 metrik tonne sahaja dan bernilai lebih kurang 30 Juta Ringgit Malaysia.
Tuan Speaker,
Walaupun, terdapat tambahan dari segi nilai data tangkapan ikan tuna di Malaysia tetapi ia hanya sekadar 10% daripada potensi sahaja kerana kouta kita adalah terletak di 30,000 ton metrik. Selain itu, saya juga meniliti laporan “Indonesia National Report to the Scientific Committee of the Indian Ocean Tuna Commision 2018” dan pada tahun 2017 negara Indonesia telah menangkap ikan tuna sebanyak 165,725 metric tonne iaitu 52 kali ganda daripada tangkapan di negara kita. Terdapat 247 vesel Indonesia di lautan berbanding dengan jumlah yang kecil daripada negara kita iaitu 18 unit sahaja.
Di Indonesia , terdapat pelabuhan di Acheh (Sumatra) dan di Begoa Port ( Bali ) . Seterusnya, di negara Thailand pula juga mencatatkan tangkapan sebanyak 7846 metric tonne iaitu 12 kali ganda daripada Malaysia. Landing di Thailand juga mempunyai banyak vesel asing seperti daripada negara Taiwan, Jepun yang melabuh di pelabuhan Phuket , Thailand . Sehubungan dengan itu, Malaysia jauh ketinggalan berbanding dengan negara lain ASEAN yang lain dari segi jumlah vesel tuna dan juga jumlah penangkapan.
Tuan Speaker,
Sebelum ini, Penang Port pernah menjadi landing vesel tuna yang amat penting pada 1960an. Landing , “Downstream activity” pernah menjadi activiti penting di pelabuhan Pulau Pinang pada masa itu. Ia menjadi transhipment port di mana “frozen” tuna sehingga negatif 60 darjah celcius akan dihantar ke negara Jepun melalui pelabuhan tersebut. Sashimi grade tuna landing di pelabuhan Pulau Pinang akan dihantar melalui kapal terbang ke market negara asing seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan. Tetapi trend ini menjadi sejarah . Vesel tuna lebih suka membuat landing di Phuket (Thailand) dan juga di pelabuhan Acheh ( Indonesia ) .
Saya ingin meminta Kementerian Pertanian untuk mengaturkan program pembangunan pelabuhan pendaratan tuna di Batu Maung, Pulau Pinang. Sebelum ini terdapat projek Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia ( MITP ) di Batu Maung tetapi ia gagal pada akhirnya kerana pengurusan yang tidak kompetent seperti yang dirumuskan dalam laporan PAC yang bertarikh 29/3/2011. Pelabuhan di Batu Maung mampu membawakan pembangunan yang baik dan rantai industri kepada kawasan tersebut. Saya juga membaca negeri Kedah melalui pembinaan Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) yang boleh menjadikan Utara Kuala Kedah sebagai hub perikanan.
Tambahan lagi, saya ingin mendapat penjelasan daripada menteri tentang halatuju untuk hab perikanan tuna moden antarabangsa samada ada perancangan baru untuk “jumpstart” di Batu Maung, Pulau Pinang. Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Kuala Kedah boleh berkerjasama sebagai “partner” untuk merealisasikan “Twin Landing Port” di Utara Semanjung Malaysia uituk memberikan saingan sihat kepada pelabuhan di Phuket dan Acheh. Memandangkan potensi penangkapan tuna di laut begitu lumayan. Negera asing seperti Taiwan , Jepun dan China datang jauh untuk membuat penangkapan di Lautan Hindi. Apakah Latihan , insentif ataupun galakan kepada operator dan belia tempatan untuk menceburi bidang ini.
Tuan Speaker,
Saya sering mendengar rungutan nelayan bahawa tangkapan kurang, stok yang kurang dan sebagainya. Padahal nelayan persisiran pantai bersaing di Lautan Merah (Red Ocean). Tetapi stok ikan yang banyak di Lautan Biru (Blue Ocean yang tarletak di Indian Ocean ) Oleh itu , saya ingin mendengar perancangan kementerian dan menyokong RUU ini.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment